KUCHING, 21 Nov (Bernama) -- SMK St. Teresa di sini muncul johan Pertandingan Projek Tematik Antara Sekolah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) menewaskan empat finalis lain pada program pendidikan peringkat kebangsaan.

Sekolah itu menarik perhatian para hakim menerusi projek mereka berjudul “Wang Sihat”. Naib johan jatuh kepada SMS Muzaffar Syah, Melaka, dengan projek mereka bertajuk “Komuniti Bijak Wang, Masa Depan Gemilang”; sementara tempat Ketiga dimenangi oleh SMK Dato’ Usman Awang, Johor Bahru; tempat keempat SMK Taman Universiti, Johor Bahru; dan tempat kelima SMK Kompleks KLIA, Nilai, Negeri Sembilan.



Lima pasukan itu menerima hadiah masing-masing pada majlis Penghargaan Program Pendidikan PIDM dan Penyampaian Hadiah yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd. Puad Zarkashi di the Pullman Putrajaya Lakesid Hotel.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif PIDM JP Sabourin berkata program pendidikan perbadanan itu dikenali sebagai PIDM MoneySmart Project, yang dilancarkan pada September tahun lepas, bertujuan mempertingkat kesedaran dan kecelekan kewangan di kalangan pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi yang menjadi peserta.

-- BERNAMA








Tahniah kepada Penyelaras PIDM SMKDUA

Pn. Suhailah Bte Sukelan dan pelajar-pelajar yang terlibat.

____________________________________________________________



LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program : PERTANDINGAN PROJEK TEMATIK ANTARA
SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN


2. Tarikh : 19 – 21 NOVEMBER 2012



3. Hari / Masa : ISNIN – RABU



4. Tempat : THE ZON HOTEL-PEJABAT PIDM –PULLMAN
HOTEL,PUTRAJAYA


5. Objektif :Memberi kesedaran dan pemahaman yang mantap
Mengenai pengurusan kewangan peribadi sejak zaman persekolahan lagi


6. Sasaran : Pelajar sekolah seluruh Negara



7. Butiran aktiviti :


19 OV 2012

- Ketibaan 5 finalist Pertandingan projek tematik antara sekolah – di hotel The Zone, Kuala Lumpur
- Taklimat pertandingan – di pejabat PIDM
- Makan malam BBQ – Hotel The Zone

20 Nov 2012

- Persembahan semua finalist – pejabat pidm
- Lawatan Ke Galeri Bank Negara Malaysia (SASANA KIJANG)
- Makan malam – Saloma Bistro, Kuala Lumpur

21 NOV 2012

- Raptai – Hotel Pullman ,Putrajaya
-Penyampaian hadiah oleh Timbalan Menteri pelajaran, Dr. Mohd Puad Zaikashi


8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :

1. Program berlangsung dengan sengit.Semua sekolah yang terlibat amat
bersungguh-sungguh dalam membuat persembahan.
2. Persaingan yang sihat antara sekolah

8.2 Kelemahan Program :


1. Gementar semasa menyampaian mesej persembahan

8.3 Cadangan Penambahbaikan :


1. Persembahan power point menggunakan teknik montage kerana aktiviti
terlalu banyak

2. Buatkan 1 slide untuk sasaran aktiviti, kesimpulan aktiviti


9. Dokumentasi Bergambar : rujuk facebook Suhailah Sukelan


Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pendekatan itu perlu memandangkan kini terdapat ramai orang muda banyak berhutang dan tidak mampu membayarnya walaupun sudah bekerja."Statistik juga menunjukkan ramai antara golongan orang muda ini yang sudah diisytiharkan bankrap," katanya pada majlis penghargaan dan penyampaian hadiah Program Pendidikan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) di sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Datuk Dr Amin Senin. Justeru Dr Mohd Puad menyeru semua pihak untuk terus bekerjasama dengan kementerian untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, proaktif dan mampu mencipta kelainan yang boleh memberi manfaat kepada pelajar dalam bidang pengurusan kewangan. "Sesungguhnya, mendidik bukan hanya tugas para pendidik, tetapi setiap rakyat Malaysia boleh memainkan peranan serta menyumbang tenaga dan sumber agar dapat meningkatkan keberkesanan pendekatan pembelajaran dan pendidikan," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PIDM Jean Pierre Sabourin berkata PIDM telah menjalankan Program Pendidikan sejak 2010 untuk generasi muda menyasarkan pelajar sekolah menengah, kolej dan universiti. "Kajian kami menunjukkan perubahan positif sikap dan persepsi ibu bapa, guru dan pelajar terhadap pengurusan kewangan peribadi serta peningkatan kesedaran mengenai perlindungan kewangan pengguna yang disediakan PIDM," katanya. Pada tahun ini, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Theresa, Kuching, Sarawak muncul juara Pertandingan Projek Tematik Antara Sekolah PIDM melalui projek bertemakan ''Wang Sihat'' manakala, tempat kedua dimenangi Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka dengan projek bertajuk ''Komuniti Bijak Wang, Masa Depan Gemilang'', masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM20,000 dan RM15,000 berserta sijil penghargaan.

Sekian, terima kasih.